Dan dia sedang
berada dalam fasa ‘the last quarter’ miliknya. Saat melihat ke dada
langit sewaktu pekatnya malam, yang kelihatan adalah bulan sabit kiri. Jika
yang melihatnya adalah Abu Bakar, bagaimana agaknya reaksi sahabat agung nabi itu?
Ketika
kita mengerti bahawa sesungguhnya Ramadhan itu akan berlalu pergi, wajar sangat
kita bertanya kepada diri sendiri. Masihkah kita manusia yang sama? Nabi yang
agung itu menjanjikan pelbagai kemulian daripada Ramadhan. Bukan sekadar janji,
namun telah menjadi matlamat bagi seorang mukmin untuk dia miliki.
Perubahan
itu perlu.
Lihat
diri sendiri. Adakah kita masih sama sejak 10 tahun dahulu? Alam yang kita
duduki ini sangat sinonim dengan perubahan. Sinonim yang bagaimana? Kita
perhatikan, setiap satu makhluk dan kehidupan dalam alam ini, masing-masing
mempunyai garis masa sendiri. Ada waktu mula, berkembang dan membesar lantas
berakhir. Demikian undang-undang alam. Pernahkah kita menduga, perubahan kita
pula bagaimana? Apakah yang mendasari perubahan diri ini?
2
jalan buat manusia.
Jika
kita tidak tahu mahu ke mana, kelak rugilah perjalanan itu. Memandang kembali
Ramadhan, terpancul satu soalan. Mengapakah Tuhan langit dan bumi mengutus dia
kepada kita? Apakah yang
Allah mahu kita dapat ataupun apa yang sewajarnya kita kejar daripada Ramadhan?
Kerana bulan murni ini akan pergi dan tiada jaminan kita berpeluang
mendampinginya lagi. Taqwa. Demikian satu kalimah ringkas yang diajar Tuhan
kepada kita sebagai destinasi untuk ditujui. Inilah inspirasi Ramadhan yang
sepatutnya dan selayaknya. Satu kembara memburu taqwa.
Taqwa
bukan omongan kosong., malahan menuntut kepada bukti hidup dalam realiti.
Persoalannya, bagaimana dan apa. Bagaimanakah hidup seorang yang bertaqwa?
Apakah perubahan yang akan berlaku, bertitik-tolak daripada taqwa itu?
Kehidupan kita sebagai hamba, sangat berkait dengan sejauh atau serapat mana
hubungan kita dengan Allah. Teringat satu kata-kata dalam siri-siri pengajian
yang panjang, ‘aku tahu hubungan aku baik atau tidak dengan Allah, melihat
kepada tindak balas keldaiku terhadapku’.
Sikap individu yang dekat dengan Allah,
tidak akan sama dengan yang sebaliknya. Kerana sikap ini berupaya mengubah
orieatasi kehidupan seorang hamba. Kalau dahulu, hidup berpandukan keseronokan,
kini, keredaan Allah menjadi panduan. Jika sebelumnya, buta dengan agama
sendiri, namun selepas Ramadhan ini, tidak lagi. Senyampang pernah hati kita
hitam, kerana maksiat, noda, dan dosa, justeru itu, sikap yang berubah
menyebabkan kita rajin solat dan rindu kepada al Quran. Kerana Allah, adalah
Rabb Al Muhaimin dan Rabb Al Ghaffar yang sama, sebelum, semasa, dan sesudah
Ramadhan. Perubahan sikap adalah satu tuntutan.
Butiran air
mata.
Perlahan,
butir-butir itu menitis membasahi pipi lantas turun ke bumi. Meski 1 Syawal
juga menjadi saksi akan gugurnya air mata kita, namun sebabnya boleh jadi
berbeza. Aidil Fitri dunia Islam, tidak segamat yang kita sangkakan. Tidak
semua nikmat serba baru. Tidak semua tempat menikmati keamanan. Tidak semua
ahli keluarga turut serta. Ada yang sudah pulang dahulu menuju kekasih abadi
kerana memperjuangkan akidah ini. Pernahkah kita terfikir, bagaimana sambutan 1
Syawal di Negara-negara Islam yang sedang bergolak? Masih ada tanah-tanah umat
ini yang terjajah. Menanti pembelaan dan bantuan. 1 Syawal tidak menjanjikan
muncung senjata diturunkan. Senstiasa mereka dalam keadaan siap siaga dan
bersedia.
Gazza , Syria,
dan lain-lain permukiman umat Islam sentiasa kacau bilau dan tidak sentosa.
Dan, kebejatan ini akan berterusan seandainya umat tidak kembali bersama. Tidak
mahu memadukan tenaga dan menongkah arus pertempuran yang ada. Noktah ini yang
sepatutnya kita genggam erat daripada Ramadhan. Keutuhan hubungan dengan
Pencipta, membawa kita ke puncak taqwa, melahirkan perubahan sikap, dan
membuahkan amal bakti kepada Ilahi. Noktah ini akan melahirkan kesungguhan,
jihad, dan ketamadunan.
Sesuci Ramadhan.
Sesuci itu juga,
nilai persaudaraan kita sebenarnya. Aidil Fitri datang dengan membawa seruan
kembali kepada fitrah. Kembali kepada keadaan jiwa sebagaimana yang Tuhan itu
mahukan.
وَنَفْسٍ وَمَا سَوَّىٰهَا ﴿٧﴾ فَأَلْهَمَهَا فُجُورَهَا
وَتَقْوَىٰهَا ﴿٨﴾ قَدْ أَفْلَحَ مَن زَكَّىٰهَا ﴿٩﴾ وَقَدْ خَابَ مَن دَسَّىٰهَا
﴿١۰﴾
Atas prinsip
akidah, Aus dan Khazraj memadamkan api dendam sesama mereka. Muhajirin dan
Ansar bersaudara, walau belum pernah bersua, kerana iman dan ketaqwaan yang
membara. Kesucian fitrah yang kita miliki, seusai Ramadhan, sepatutnya mampu
mendorong dan menolak kita untuk memadamkan segala macam sengketa dan buruk sangka.
Kerana akidah menuntut kita melakukannya.
Bukan
calang-calang manusia.
Muslim pasca
Ramadhan, bukan calang-calang manusia. Apa yang ditempuh adalah satu proses
pembinaan yang mana manusia itu akan beroperasi memakmurkan bumi untuk 11 bulan
seterusnya. Mulakanlah dengan memperbaiki hubungan sesama kita. Kuatkan
persaudaraan dan ukhwah yang ada. Kerana jasad umat lemah longlai dan sangat
mendambakan tiupan semangat baru untuk dibangkitkan. Inilah permata syawal yang
perlu dipelihara.
Salam Lebaran.