Sunday, February 3, 2013

Politik dan Masa Hadapan Islam

*ini adalah tulisan awal mengenai masa hadapan Islam, politik, dan ISMA. tulisan lengkap akan menyusul kemudian. insyallah.
 
Seorang muslim yang bersyahadah tidak akan sekali-kali rela melihat dan membiarkan agamanya diperkotak-katikkan. Kalau noktah ini masih ada masalah, bagus untuk berhenti seketika dan cuba melihat semula apa fungsi dan kesan syahadah.

Melihat senario semasa negara, nasib agama Islam sangat-sangat merisaukan.
2 masalah utama :

1. Penganut yang tidak memahami dan mengamalkan Islam dengan sebaiknya.
2. Serangan daripada pihak-pihak luar untuk meruntuhkan Islam.

Untuk masalah pertama, sebagai muslim, kita perlu kembali memahami Islam yang sebenar itu bagaimana. Sikap malas dan paranoid terhadap Islam perlu dibuang. Kerana di akhirat nanti, kita akan kembali sendiri-sendiri. Nah, nak jawab apa kalau ditanya mengapa tidak pernah memahami Islam sebaiknya. Perkara ini tidak susah. Boleh mula dengan memahami bahawa Islam itu sempurna dan merangkumi pelbagai aspek dan landskap kehidupan.

Untuk masalah ke 2, kancah politik negara sangat tidak stabil. Bukan ekonomi atau sebagainya yang tidak stabil, namun masa hadapan islam itu sendiri. Contoh serangan adalah, bagaimana seorang muslim boleh merelakan dirinya diketuai atau duduk bertuankan seorang yang bukan muslim? Adakah kerana terlalu dahyus kita ini sampai perkara sebegini boleh terjadi?

Benar, politik bukan satu-satunya jalan penyelesaian namun kerana Islam itu menyeluruh, kancah politik juga perlu diambil kira.

Bukan niat mahu memecahkan mana-mana undi. Bukan kerana hasad dengki kami memilih keputusan ini. Namun, syahadah yang digenggam tidak merelakan diri untuk terus senyap di saat Islam digula-gulakan.

Kami menghantar calon-calon ini sebagai usaha menyebarluaskan Islam yang dicintai. Mahu bersama memberi harapan kepada masyarakat, bahawa masih ada harapan untuk melihat Islam itu kekal tinggi dan selamat. 

Jika A dan B sudah tidak mahu mempertahankan Islam ini, kami rela mancalonkan diri bagi mempertahankannya walau dengan segala kekurangan yang dimiliki.

Dan walaupun mencalonkan diri itu bermaksud mengorbankan diri sendiri.

0 comments:

Post a Comment