Salam takzim buat semua.
Sejarah.
Apabila disebut sahaja kalimah ini dihadapan mahasiswa dan mahasiswi, yang
terbayang dalam benak fikiran mereka adalah buku tebal dengan bacaan
berjela-jela, suasana suram, dan mengantok. Satu mentaliti klise. Mungkin
daripada satu sudut, benar. Cara pengajaran dan pembelajaran sejarah wajar
diberi nafas baru. Daripada perspektif lain pula, mahasiswa dan mahasiswi
sendiri perlu proaktif meneroka ufuk-ufuk baru daripada sejarah. Apa yang
sangat perlu kita sepakati, sejarah boleh berulang.
Sejarah
telah menyaksikan, jatuh bangun ramai wira di dunia. Daripada pelbagai aliran
pemikiran dan falsafah kehidupan. Pro-pemerintah, pembangkang, anarki,
demokrasi, diktator, federalisma, feudalisma, monarki, meritokrasi, oligarki, republik,
teokrasi, autokrasi, sosialisma, kapitalisma, komunisma, liberal, ketenteraan,
feminisma, gerila, sekular, humanisma,
proletariat, aristokrasi, tirani, kristian ortodok, atheis, Islam, dan pelbagai
lagi yang tidak tersebut di sini. Sangat berwarna-warni. Dan dari setiap satu
ini, punyai wira atau wirawati mereka sendiri. Silih berganti sepanjang zaman.
Kita ambil komunisma sebagai contoh. Komunisma adalah manefestasi pemikiran
Karl Marx terhadap kehidupan ini. Aliran pemikirannya dinamakan Marxisma.
Manerusi ideologi Marxisma, punca kebejatan yang berlaku dalam masyarakat
adalah kerana sistem sosial yang sarat dengan korupsi. Mereka melihat, dalam
sistem sosial masyarakat, yang ada hanya golongan yang ditindas dan penindas.
Golongan makan gaji dan pemberi gaji. Golongan ini menjadikan keadilan sosial sebagai
inspirasi perjuangan. Faktor subjektif seperti budaya dan moral bukan penyebab
utama. Komunis diterjemah menjadi satu gagasan yang besar, mencakupi aspek
sosial, politik, dan ekonomi. Berlalu masa, kesinambungan perjuangan mereka
diteruskan di merata negara oleh ‘wira’ seperti Vladimir Lenin, Joseph Stalin,
Mao Zedong, Zhou Enlai, Ho Chi Minh, Nikita Khruschev, Fidel Castro, Che
Guavara, Josip Broz Tito, Nicolae Ceausescu, Mikhail Gorbachev dan pelbagai
lagi. Benar, insprasi perjuangan mereka tidak Rabbani. Kerana itu, komunisma
kini melalui era kematian. Namun, sejarah telah menjukkan kepada kita, pernah
ada ‘wira’ yang berdiri teguh menjunjung tinggi gagasan perjuangan mereka. Kewujudan
wira-wira ini merupakan sunnah alam.
Pembaca yang budiman.
Selain
wira-wira, sejarah ini juga dibina dengan peristiwa yang berlaku sepanjang
zaman. Satu peristiwa yang amat penting bagi seorang yang akidahnya adalah
bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad S.A.W adalah utusanNya
ialah Perang Badar. 17 Ramadhan tahun Hijrah ke 2 adalah tarikh pertempuran ini
berlaku dan Badar adalah tempatnya. Umum mengetahui, bilangan tentera muslimin
sangat sedikit berbanding tentera musyrikin. Dengan kekuatan ketenteraan yang
serba kurang dan tiada pengalaman peperangan yang besar atas nama Islam,
kemenangan seakan-akan milik musyrikin sejak awal lagi. Namun, akidah adalah
perbezaan utama antara 2 pasukan tentera ini. Satu berakidahkan selain Allah dan
satu lagi menjadikan tauhid kepada Allah sebagai teras dalam setiap lapangan
kehidupan. Maka Allah mengizinkan dan tentera muslimin menang. Cuba kita
bayangkan sejenak, tanpa pengorbanan Rasulullah dan sahabat dalam peperangan
ini, meletakkan jasad dan nyawa sebagai mahar perjuangan, mungkinkah beragama
Islam kita kini? Keunggulan ganerasi awal yang dibina Rasulullah sangat sukar
ditandingi dan peristiwa Perang Badar adalah manifestasi keimanan mereka.
Wira
dan peristiwa. Begitulah 2 unsur penting dalam sejarah. Saling berkait dengan
sangat rapat. Andai dipisahkan, maka tempang sejarah itu. Jesteru, apakah
kaitan mahasiswa dan mahasiswi yang rata-rata sedang menghadapi peperiksaan
ini, dengan wira dan peristiwa?
Menjadi
seorang wira dengan peristiwa-peristiwa penting tidak banyak bilangannya.
Daripada bilangan manusia yang begitu ramai, hanya segelintir sahaja tercatat
dalam sejarah dengan peristiwa mereka. Mungkin, ada yang tergolong sebagai ‘the
unsung hero’. Akan tetapi, yang lebih ramai hanyalah sebagai penonton atau
pembaca semata-mata kepada sejarah. Mereka melalui hari-hari seperti biasa
dengan rutin yang diulang-ulang. Tanpa sedar. Mereka lahir, membesar,
bersekolah, belajar, bekerja, berkahwin, berkeluarga, menabung, melihat
anak-anak mereka pula membesar, dan apabila sampai waktu yang Allah tetapkan,
pulang menghadap pencipta, untuk dihisab amalan dunia. Bagaimana dengan kita?
Kebanyakkan
daripada kita, melalui peperiksaan tanpa sedar. ‘Aku nak score exam
ne’,’baca sikit-sikit, dapat naik tahun jadi la’,’lepas exam nak tour gi
Turki’,’alahai, bile la exam ne nak abes’, dan pelbagai lagi ekspresi
manusia. Sangat rugi seandainya kita hidup kosong tanpa apa-apa matlamat atau
agenda. Sekiranya kita melihat peperiksaan sebagai peperiksaan, maka kita akan
menghadapinya sebagai peperiksaan. Namun, seandainya kita melihat peperiksaan
sebagai peluang untuk menjadi wira dan mencipta peristiwa sendiri, maka kita
sebenarnya sedang bersiap menjadi seorang wira dan bakal mencipta peristiwa
sendiri. Lantas, mana mungkin mereka yang mahu menjadi wira bermudah-mudahan
culas dalam peperiksaan mereka. Malas mengulangkaji pelajaran, malas membuat
latihan, luntur semangat walau peperiksaan belum berakhir, tidak menjaga solat,
kurang membaca al quran, tidak menjaga hak-hak teman, kecewa akan kegagalan
sebelum ini, dan pelbagai lagi tindakan negatif dalam tempoh peperiksaan tidak
seharusnya dilakukan oleh mereka yang berazam menjadi wira. Kerana wira itu
besar agendanya dan perbuatan negatif ini mencerminkan orang yang tidak
beragenda, maka tidak seharusnya wira itu hidup dengan perbuatan seperti ini.
Mari kita koreksi diri kita. Ana, antum, saya, kamu, penulis, pembaca, malah
sesiapa sahaja. Untuk apa dan bagaimana kita menghadapi peperiksaan ini dan
peperiksaan yang lalu. Bagaimana pula dengan yang akan datang.
Satu
nasihat mudah sempena peperiksaan untuk diri saya dan sekalian jiwa yang
membaca entri ini. Pastikan hidup kita beragenda. Adakah kita hanya mahu
menjadi insan yang tenggelam dalam sejarah dunia tanpa apa-apa sumbangan?
Cukupkah sekadar membaca sahaja kisah-kisah ganerasi awal Islam dan sejarah
tamudun Islam yang gemilang lalu natijah daripada pembacaan tersebut adalah ‘pergh,
hebat la sahabat dulu’,’oow, ne rupanya sejarah Islam’, dan ’eh, Islam pernah ada kat Sepanyol
la dulu’?. Jangan jadi naïf. Adakah Islam sekadar menjadi bahan bacaan dan
silibus? Tidak patutkah Islam tertegak di bumi nyata ini? Maka siapa yang perlu
menegakkannya? Mana wira dan wirawati
yang menanam benih perjuangan dalam dirinya lantas bangkit dengan peristiwa
hebat lalu membina peradapan Islam yang gemilang.
Pembaca yang dikasihi.
Persiapkan
diri kita. Cari identiti dan agenda hidup. Jadikan Islam sebagai agenda yang
kukuh terpasak dalam jiwa, sentiasa berlegar dalam benak pemkiran dan diterjemah
dengan setiap gerak-geri kita. Maka berangkatlah sebagai wira yang bakal
mencipta peristiwa besar bermula dengan peperiksaan ini. Demikian mahar seorang
wira.
Bukan sekadar peperiksaan.
Sekian.
0 comments:
Post a Comment