Dalam banyak-banyak duduk-duduk
yang saya sertai, ini antara yang paling bermakna. Bukan kerana juadahnya,
namun lebih ke arah intipati duduk-duduk tersebut.
Tempat,
masa, dan menunya, biarlah kami sahaja yang menyimpan. Bukan itu hasrat diri
mahu dikongsikan. Sebagaimana yang dikatakan pada awal penulisan, intipatinya
yang mahu ditekankan.
Sambil
menunggu, saya agak tenggelam dalam lamunan seketika. Tenggelam dalam dunia
sendiri sebenarnya. Setiap detik dalam kedai buku di Mesir adalah waktu
pendidikan yang sangat berharga. Terpandang sebuah buku, dengan judulnya ‘Tayarot
Fikriah’ [Kepelbagaian Aliran Pemikiran] karya Dr. Muhammad Imarah, salah
seorang tokoh Islamis yang terlibat dalam proses penggubalan Perlembagaan Mesir
baru-baru ini. Lama sudah buku ini dicari, hanya tanda harganya sahaja yang
memisahkan kami kini.
Bagi
sesiapa yang menggemari pengkajian serangan pemikiran terhadap Islam atau
sekadar mahu memiliki sebagai bacaan tambahan, boleh mula mendekati beliau.
Selang
masa beberapa ketika, yang ditunggu-tunggu masuk ke kedai. Kami bersalam-salaman,
berlaga-laga pipi [satu budaya Arab] dan bertanya khabar sekadarnya. Tentang perjalanan,
cuaca, dan sebagainya.
Lantas
kaki melangkah, mencari tempat terbaik menjamu selera.
Sedang
kami enak menikmati hidangan yang tidak seberapa, saya mula menyusun-nyusun
ayat, beralih kepada perbincangan sebenar. Lalu dia menceritakan, hal ehwalnya
kini. Lama saya diam dan mendengar [ini juga antara hobi].
Setelah
diam yang lama dan bertukar-tukar buah fikiran, saya membuat beberapa
kesimpulan :
1.
Tiada manusia tanpa masalah
dalam kehidupan. Jika ada, mungkin sedang menikmati pil Ecstasy (3-4-methylenedioxymethampheta-mine)
dan sedang berhalusinasi.
2.
Ujian yang Tuhan berikan,
sebagai tanda sayang dan ingat kepada kita. Dia tidak mahu kita hanyut dalam arus
dunia dan melupakannya. Noktah ini banyak ditekankan dalam Al Quran, antaranya
:
لَا يُكَلِّفُ ٱللَّهُ نَفۡسًا إِلَّا وُسۡعَهَاۚ لَهَا مَا كَسَبَتۡ
وَعَلَيۡہَا مَا ٱكۡتَسَبَتۡۗ
Allah tidak memberati seseorang
melainkan apa yang terdaya olehnya. Dia mendapat pahala kebaikan yang
diusahakannya dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Al
Baqaroh 286)
3.
Ujian yang melanda, perlu
diurus sebaiknya. Hampir pasti, emosi diri akan terganggu. Masalah jiwa akan
datang. Dan saat itulah, detik bahagia bagi Syaitan. Waktu ketika anak Adam itu
lemah jiwanya. Akan Si Syaitan itu, masuk secara halus, perlahan-pahan, hanya
membisikkan dalam jiwa, beberapa cadangan, bermula dengan terjebak dalam
perkara makruh, meninggalkan yang sunat, dan biasanya berakhir dengan perbuatan
yang haram. Kenal pasti punca masalah. Jangan mudah mengalah.
4.
Matlamat yang ingin dicapai,
jangan terganggu dek ujian yang memang kejam sifatnya. 2 resepi ulama’ untuk
kekal berjaya. Yang pertama, perlu FOKUS. Dan yang keduanya, perlu SERIUS. Ini rasepi
zaman berzaman dari masa silam. Adalah lebih sayang, sekiranya kerana
ujian-ujian ini, kita lupa akan tujuan diciptakan atas muka bumi.
5.
Jangan malu mencari Tuhan. Walau
sebelum itu, kita sendiri telah terlalu sombong dan angkuh. Allah ada. Dia
Robb, Dia Illah. Dia Yang Mentadbir Alam, dan Dia sahaja untuk disembah.
Saidina Umar al-Khattab pernah berkata ;
‘aku tidak takut doaku ditolak, tapi
aku lebih takutkan tidak diberi hidayah untuk terus berdoa’
Selesai
makan dan bersembang panjang, kami pulang. Mungkin laluan kami berbeza, namun,
destinasinya tetap sama. Lain kali, kamu pula belanja, jangan lupa!!
2 comments:
saya baca , saya baca.
teruskan tulis ya!
teruskan bergerak :)
Post a Comment