Masih terbukakah pintu taubat?
Kesugulan
adalah satu titik dalam kehidupan yang mahu dielakkan. Mengapa mahu memilih
kemurungan sedangkan kegembiraan itu ada? Mengapa perlu kepada yang hitam
sedangkan putih itu wujud? Untuk apa bersedih-sedih padahal kegembiraan itu
lebih berharga?
Dan
dalam masa yang sama, manusia itu gemar memilih jalan singkat. Jika dibentangkan
2 jalan untuk ke destinasi yang sama, satu sifatnya ringkas dan pendek serta
yang lain itu rumit, panjang, malahan kompleks, maka mana satu akan jadi
pilihan? Memang lumrah, tidak ramai yang sanggup untuk bersusah dahulu dan
bersenang kemudian
Lalu,
apa kaitannya kesugulan itu dengan jalan singkat ini?
Marijuana
dan amfetamin.
Kesanggupan
untuk hidup dalam kepalsuan dunia menjadi pilihan asalkan kesugulan itu dapat
dielakkan. Memang ada yang sentiasa memilih untuk hidup dengan halusinasi dan
jauh daripada realiti. Dan keadaan yang lebih menyayat hati, apabila diri tidak
sedar sedang
dihalusinasikan. Dicandukan dengan gula-gula dunia. Enak, gembira,
dan berlelucon
sentiasa.
Seperti
anjing bertemu pasir.
Dunia
yang serba palsu itu tadi, dengan mudahnya membuatkan kita lupa. Juga alpa. Walaupun
usia ini sebenarnya tidak tua mana. Pemuda itu akan lupa dan alpa, akhirnya dia
mahu ke mana? Apabila habis marijuana dan amfetamin itu, apa seterusnya? Sesudah
hilang enaknya gula-gula dunia, mahu buat apa?
Selepas
halusinasi itu apa?
Hidup
dalam halusinasi palsu memang tiada akhirnya. Dunia bukan tempat untuk
mendapatkan puncak kenikmatan. Itu limbo.
Boleh
jadi, kita ini tidak pernah jumpa marijuana mahupun amfetamin itu. Sentuh apatah
lagi. Lantas dengan senyum bangga menyatakan diri tidak pernah dalam kerugian. Merasa
selamat dan selesa dengan keadaan yang sedia ada.
Jangan
terus memperbodohkan diri sendiri.
Bagus
juga jika kita mampu buat statistik atau catatan, akan apa yang telah dilakukan
sebenarnya. Cuba kita bandingkan sendiri, antara jumlah game yang kita main, duit
yang dibazirkan, masa yang kita buang, kemalasan yang kita jadikan kawan,
dengan Quran yang dibaca, solat yang dilaksana, dan potensi diri yang dibiar
sia-sia. Perbandingan ini mampu membantu menentukan adakah kita sedang hidup
dalam halusinasi dunia.
Lalu,
adakah aku tercela?
Rahmat
Allah tidak pernah putus untuk hamba-hambanya. Sentiasa Dia itu memerhati dan
akan dengan senang gembira mendengar rintihan dan memperkenankan doa kudus
kita. Pintu taubat belum ditutup lagi.
Merasa
selesa dengan keadaan ini, juga satu masalah. Menyangka hidayah Allah itu ada,
namun belum pernah cuba mendapatkannya. Jangan jadi manusia yang lupakan
arRahman.
والذين جهدوا فينا لنهدينهم سبلنا و إن الله
لمع المحسنين
Dan
orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak
agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang
menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan) dan sesungguhnya
(pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha
membaiki amalannya.
(al Ankabut : 69)
Tidak
pernah Allah mengharapkan yang bukan-bukan. Hanya Dia mahukan, benar-benar kita
ini menjadi pemuda beriman. Persetankan kedudukan dunia, ketepikan jumlah
harta, kerana kelak yang akan dilihat adalah hati-hati kita.
Ubah
orientasi hidup.
Ini
satu tuntutan. Jangan pernah malu untuk bertaubat. Usah segan untuk berubah. Jangan
malu-malu untuk ikut usrah. Mulakan dengan meninggalkan perkara keburukan. Bunuh
kemahuan untuk membazir masa. Kemudian, mula berjinak-jinak dengan al Quran,
solat, dan aktiviti-aktiviti yang benar-benar mampu membina kita. Pasak dalam-dalam
tujuan hidup, supaya hidup sungguh-sungguh terpandu.
Benar,
pintu taubat masih terbuka. Cuma yang tinggal adakah kita benar-benar mahu
meninggalkan marijuana dunia untuk memasukinya.
0 comments:
Post a Comment